Isnin, 22 Disember 2008

Rahsia untuk dapatkan tebu yang manis...

Disini aku nk berkongsi rahsia bagaimana nak dapatkan tebu telur yang manis rasanya..Seperti yg kita tahu..tebu telur dari daerah Jelebu N9 merupakan tebu yg dieksport ke singapura..kenapa tebu jelebu..sebabnya tebu Jelebu ni manis-manis..kenapa Jelebu..sebabnya Jelebu antara daerah yg paling kering di Malaysia..ini merupakan salah satu faktor yg menyebabkan kenapa tebunya manis..
Disini aku nak perturunkan RAHSIA camne nak buat tebu kita manis juga..
Rahsia 1 - Sebelum menanam tebu..pastikan tanaman menerima cahaya matahari secara maksimum..maksudnya..pastikan barisan tanaman tebu kita menghadap cahaya matahari pagi dan juga menerima cahaya matahari pd petangnya..tebu yang mendapat cahaya yg secukupnya akan menjadi warna kuning pekat dan tebu inilah yg manis rasanya..
Rahsia 2 - Faktor penting ialah jarak antara baris..Dalam seekar bersamaan 43561 kaki..untuk mendapatkan rasa tebu telur yang benar-benar manis..jarak yang disyorkan ialah 10 kaki antara baris..Jika kita menanam jarak sekaki antara pokok..kita akan dapat 4356 pokok..Jika jarak 2 kaki = 2178 pokok..Jika jarak 3 kaki = 1452 pokok
Tp sanggup ke kita tanam jaraknya 10 kaki ?..klu x boleh juga buat jarak 8 kaki..6 kaki..cam aku tanam 4 kaki..tebunya kurang manis le..tapi dapat tanam banyak..