Isnin, 31 Mei 2010

Ciri-ciri tebu kualiti eksport





Gambar : bahagian bawah,tengah,atas bebas dari ulat korek batang.

Ramai yang tertanya-tanya...bagaimanakah kualiti / ciri-ciri tebu yang diperlukan utk eksport.
  1. Pastikan takde ulat korek batang ( paling utama ) & jangkitan lain2 penyakit.
  2. Batang tebu mesti lurus x leh bengkang bengkok
  3. Ruasnya mestilah panjang ( klu pendek air kurang )
  4. Saiz mestilah gred A+,gred A + B sahaja.
Di sini aku bagi gambar ciri2 yang diperlukan ( sumber kebun En faizal di Mersing )
Ada gak rakan yg komen..sifu kah ape? tebu diapn x cantik juga tp sibuk ajar orang..hehe
apa pn terpulang andaian mereka..aku ibarat tukang rumah..buat umah orang cantik2 tp rumah dia pn x siap2..sama juga tukang gunting..gunting rambut orang cantik tp rambut sendiri pn x terurus..bagi aku..siapa yg percayakan aku..yakin le dengan pengalaman & ilmu yg aku ada...insyaallah boleh berjaya yg paling utama tuan punya kebun..klu x jaga..camne nk dpt tebu kualiti..

Selesai Fasa Pertama ( Simulasi ke Serdang )




Setelah menjalani praktikal..program simulasi telah di tunda seminggu lewat..ini kerana kitaorang terlibat sama dengan program di Jelebu N9 bersama Dr..alhamdulillah selesai sudah simulasi..cuma tunggu masa utk amik data2 saintifik..lepas simulasi, tugas yg paling besar anto ke dubai..apapn tunggu le dangan sabar...

Taklimat Dr & Pengarah Fama



Sebelum kitaorang buat praktikal dgn Dr..Pengarah Fama juga berminat utk mengetahui perkembangan projek kami bersama Dr. Perjumpaan diadakan di Fama Spg Renggam. Apa yg menariknya Dr cadangkan harga tebu akan datang guna timbang kilo..aku pn setuju sbb adil bagi petani dan pembeli..contoh tebu gred A+ biasanya berat mencecah 4kg sebatang..klu sekilo rm0.50 x 4kg = rm2.00 sebatang..klu harga skrg dlm rm1.30 je..rugi banyak petani..moga sistem ini diterima pakai oleh Fama..

Jumaat, 14 Mei 2010

Meeting Eksport Bersama Dr Mohd Salleh




5 Mei kitaorang meeting dgn Dr di Damansara Utama..hari ini 14 Mei Dr turun JB meeting bersama pengarah Fama Johor...Esok kami praktikal proses tebu..19hb buat simulasi utk eksport...dihantar ke KL utk amik data...pertengahan bulan 7 percubaan eksport ke Dubai..Dr akan ke Dubai utk amik data2 yg diperlukan..berjaya je percubaan eksport kami..insyaallah kita bangsa melayu menjadi pengeksport tebu batang menggunakan kapal laut pertama di dunia...doakan kejayaan kami..