Jumaat, 24 September 2010

Salam Dari Jelebu


Buat lubang guna gerudi & pangkal pokok tanah dimampatkan

Aku banyak tempat gi utk dalami mcm2 teknik tanaman...ada sahabat cll aku..btau..jabatan pertanian N9 btau..tanam sistem parit guna jcb salah..yang betul gerudi lubang guna mesin...aku gi gak jelebu tgk sistem yang dikatakan...dapat le maklum balas drp diaorang..otai2 sana ckp guna gerudi lubang kurang baik berbanding parit..nk cepat & modal kurang sbb tu guna gerudi cepat dan murah katanya...yg terbaik buat parit gak...
Kenapa tebunya tegak2 dan tak tumbang? aku kongsikan bersama teknik tanaman disana
1. Tanam dalam lubang sedlm sekali-1.5kaki.
2. Masukkan 3 benih dlm satu lubang dengan jarak 3ft antara benih.
3. Apabila anak benih panjang sejengkal...taburkan sedikit baja NPK dengan kekerapan 2 minggu sekali...letak baja sikit2 tp berterusan setiap 2 minggu.
4. Apabila tebu membesar WAJIB turunkan tanah dan pijak biar pangkal pokok tanahnya mampat jd pokok tebu tak akan tumbang apabila beso nanti..itu le sedikit sebanyak teknik tanaman diorang..

Renungan Kita Bersama





Bayangkan kita sebagai pembeli..nk tak kita beli tebu camnie ?...tentu tidak..maka niaga lah secara islamik..nasib baik niaga dengan aku..klu orang lain lama kena hambat dgn parang..huhu

Bulan ramadhan yg mulia telah meninggalkan kita...disamping beramal ibadat, pintu rezeki berniaga dibulan ramadhan juga amat lumayan..sehinggakan aku mendapat permintaan bekalan tebu luar jangkaan..alhamdulillah...
Banyak pengajaran yang amat berguna aku dpt semasa "berurusniaga" dengan rakan yang sebangsa & seagama dengan ku...kebanyakan mereka hanya berniaga untuk jangkamasa pendek sahaja...bukan berniaga untuk jangkamasa panjang..apabila ditegur "melenting" tak tentu pasal...inilah hakikat yang perlu aku telan..
Bagi menampung bekalan tempatan & juga bantu jualkan tebu rakan-rakan..aku jualkan tebu mereka..tapi mereka-mereka nak dulu bayaran..aku percayakan mereka-mereka maka aku bayarlah dulu mengikut permintaan mereka...sesuatu yang tak diduga....nilailah sendiri gambo diatas..aku beli rm1.20 sebatang..agak2nya berapa aku boleh jual? maaf ya..bukan nk aibkan sesiapa...cuma pengajaran kepada rakan2 yang lain...nk bisnes dengan aku untuk jangkamasa panjang..aku bukan nk niaga cap ayam!...alhamdulillah aku akan ke Dubai awal bulan Oktober..kepada mereka-mereka..maaf aku tak dapat bantu korang lagi...