Khamis, 20 November 2008

Teknik Tanaman Tebu Telur..

Ada beberapa cara menanam yang boleh dipraktikan dlm menanam tebu telur nie..Aku cadangkan beberapa teknik tanam...
a) tanaman secara kekal
b) tanam secara bermusim
c) tanaman bergilir

Tanaman Secara Kekal
- Biasanya tebu ditanam dalam baris menggunakan pucuk atau batang..klu batang pastikan mata tebu tidak rosak. Jarak yang dicadangkan 100-110cm antara pokok dan antara baris 4-6 kaki.
Kedalaman lubang lebihkrg 1 kaki.PENTING..letakkan benih dalam lubang JANGAN ditimbus. Biarkan benih dalam lubang..Pastikan benih DISIRAM jika hujan x turun.Dalam tempoh seminggu anak benih akan bertunas...Apabila benih tebu mencapai ketinggian yg sesuai barulah tanah ditimbus dan digemburkan...

Tanaman Secara Bermusim
- Cara tanaman jenis nie dijalankan di China..Tebu ditanam rapat-rapat dalam baris..
Jarak antara baris 4 kaki..Kayu penyokong dibuat pada bahagian depan dan belakang baris pokok tebu kemudian tali diikat antara 2 tiang td..pokok tebu akan tumbuh lurus..rujuk gambar diatas..tebu yg mencapai tempoh matang akan ditebang keseluruhannya..

Tanaman Bergilir
- Cara tanaman sama seperti tanaman bermusim..anak pokok tebu yang baru tumbuh dipotong dan dipindahkan ke tapak yg baru..cara ini akan diulang bagi mengekalkan bekalan tebu sentiasa mencukupi.

Selasa, 11 November 2008

Cerita tentang tebu ii


Tanam tebu yang biasa ialah tanam jarak-jarak dalam baris..aku cadang tanam antara pokok 100-110 cm dan antara baris 6 kaki..teknik ni sesuai untuk tebu kuning..ada gak yang pangil tebu morris..tebu madu..yang mana betul aku pn tak tau..yang aku tau tebu ni cina suka tanam sbb buat sembahyang...warna tebu ni kuning gelap..ruas panjang-panjang..kulit keras..airnya manis tp warna airnya hijau gelap/keruh...Kenapa tanam jarak-jarak ? sbbnya ialah tebu ni leh hidup lama...klu jarak-jarak senang digemburkan dan daunnya senang dibuang..nape tanam jarak-jarak? sbbnya tebu nie banyak miang pada daunnya..klu rapat-rapat susah nak buat pembersihan..

Cerita tentang tebu telur...





Ada macam-macam teknik menanam tebu yang aku tengok...aku pn pernah cuba semua teknik yang dipraktikan..kesimpulan yg aku dapat ialah..teknik tanaman bergantung kepada bagaimana kita nak hasil tuaian..untuk semusim atau kekal...

Isnin, 3 November 2008

Salam Pengenalan

Salam pengenalan kepada semua. Semoga kita dapat bertukar-tukar idea tentang tanaman tebu nie..Siapa manusia paling kaya di Malaysia ???...tentunye jutawan gula ROBERT KUOK..kita tanam tebu ada aura gak jd jutawan...insyaAllah