Isnin, 30 November 2009

Manual Tanaman Tebu

Ramai rakan-rakan minta emailkn manual tanaman tebu..kekadang terlupa pula..bagi memudahkan dan menjadi rujukan semua pihak,aku citerkan kt sini serba ringkas.

Pertama : Benih tebu yang terbaik ialah dibahagian pucuknya,yakni bahagian atas yang masih muda. Ini kerana mata tebu masih lagi muda.Klu bhg batang ( bawah ) biasanya matanya sudah kering dan kurang sesuai untuk benih...kadar pertumbuhannya pn lambat berbanding pucuk. Jd klu guna pucuk pastikan daunnya dibuang bagi memudahkan akar berkembang.Letakkan atas tanah secara baring dengan mata tebu di sisi.

Ke-2 :Gunakan tangan timbus dgn tanah agar benih tidak terkena cahaya matahari..klu terdedah nt benih boleh mati jika kering.
( teknik nie x yah siram,nk siram satu kelebihan )

Ke-3 : genap 3-4 minggu digalakkan letak furadan..kadar sukatan sesudu teh / sudu taufufa.

Ke-4 : Minggu ke-6 WAJIB timbus tanah..lg banyak tanah yang digemburkan/timbus lg bagus..digalakkan letak tahi ayam supaya pkk gemuk.

ke-5 : selepas timbus & letak tahi ayam..kira 50 hari selepas itu..letak baja npk 15:15:15 + urea.

ke-6 : 50 hari lagi letak npk15

ke-7 : kira 50 hari dan seterusnya letak npk 15 dan sebelum tuai digalakkan gunakan npk15 + npk 12.

* p/s 50 hari sekadar cadangan je..anda blh cuba 40 hari/50 hari / 60 hari..tepuk poket tanya sendiri..huhu...lain2 info cll le aku..