Selasa, 29 Disember 2009

6 Bulan 10 kaki tinggi



Gambo diatas buka nk promosi diri..hehe..tapi nk kongsi maklumat..gambo ni aku amik bulan lepas..ketinggiannya 8 kaki..yg terkini dah 10 kaki..nak buang daun pn dah x sampai..Insyaalllah klu korang guna manual yg aku cadangkan..6 bulan ko dah leh dapat hasilnya..Jika ada apa2 maklumat yg boleh kita kongsi bersama..silalah maklumkan & kita kongsi bersama..moga penanam tebu bumiputera boleh sama2 berjaya..amin

Pembajaan..





Ada banyak jenis baja dipasaran..tapi ia akan memberi kesan pada rasanya..tebu kita akan rasa manis2 masin..klu baja kurang sesuai..jd yg sesuai baja apa?..aku syorkan guna cap kuda singa NPK15 ( warna hijau ) dan sblm tuai campurkan dengan NPK12 ( warna merah ) kenapa bukan NPK12 biru ?..aku cadang guna merah sbb kandungan K lebih tinggi..tebu korang akan rasa lebih manis..Kenapa jenama ini ? Sbb penanam tembikai memang guna baja ini..tembikai sama dengan tebu = untuk airnya..tak caya..cuba le..ikut manual yg aku bagi...6 bulan aku dapat ketinggian 10 kaki...tak caya gak..datang sini..

Racun Rumput






Banyak jenis racun yg boleh kita gunakan untuk membunuh rumpai...ada yg melalui sentuhan dan juga akar...racun yg terbaik tentunya yg mahal..cth jenama basta..ia tidak merosakan akar pkk..jd tanaman kita x "terbantut pertumbuhannya"..juga aku cadangkan guna racun putih..di sini aku tunjukn gambo kt korang..terpulang nk pilih yg mana..

Isnin, 30 November 2009

Manual Tanaman Tebu

Ramai rakan-rakan minta emailkn manual tanaman tebu..kekadang terlupa pula..bagi memudahkan dan menjadi rujukan semua pihak,aku citerkan kt sini serba ringkas.

Pertama : Benih tebu yang terbaik ialah dibahagian pucuknya,yakni bahagian atas yang masih muda. Ini kerana mata tebu masih lagi muda.Klu bhg batang ( bawah ) biasanya matanya sudah kering dan kurang sesuai untuk benih...kadar pertumbuhannya pn lambat berbanding pucuk. Jd klu guna pucuk pastikan daunnya dibuang bagi memudahkan akar berkembang.Letakkan atas tanah secara baring dengan mata tebu di sisi.

Ke-2 :Gunakan tangan timbus dgn tanah agar benih tidak terkena cahaya matahari..klu terdedah nt benih boleh mati jika kering.
( teknik nie x yah siram,nk siram satu kelebihan )

Ke-3 : genap 3-4 minggu digalakkan letak furadan..kadar sukatan sesudu teh / sudu taufufa.

Ke-4 : Minggu ke-6 WAJIB timbus tanah..lg banyak tanah yang digemburkan/timbus lg bagus..digalakkan letak tahi ayam supaya pkk gemuk.

ke-5 : selepas timbus & letak tahi ayam..kira 50 hari selepas itu..letak baja npk 15:15:15 + urea.

ke-6 : 50 hari lagi letak npk15

ke-7 : kira 50 hari dan seterusnya letak npk 15 dan sebelum tuai digalakkan gunakan npk15 + npk 12.

* p/s 50 hari sekadar cadangan je..anda blh cuba 40 hari/50 hari / 60 hari..tepuk poket tanya sendiri..huhu...lain2 info cll le aku..

Rabu, 18 November 2009

Pasar Tani Larkin Johor Bahru




Minggu lepas aku kena kursus kejurulatihan sukan kt Stadium Larkin..Kebetulan hari sabtu..sblh stadium ada pasar tani..mulanya malas aku nak ke pasar tani tsb..tapi aku terpandang orang jual air tebu di pasar tani..apa lg,aku pn mcm pegawai CSI le gi menyiasat..apa yg aku perhatikan peniaga ni ada 3 orang..seorang buang kulit tebu,seorang mesin & seorang tukang jual..dia jual dalam cawan & botol..laku giler air tebunya..lg satu harganya pn boleh tahan..tp biasa le,Johor bahru..tak pelik pn...

Rabu, 11 November 2009

Eksport ke Singapura

Klu nk tengok gambo tebu dieksport ke Spore..hehe..jengok le blog aku..http://daengsugarcanefarm.blogspot.com
..ada sedikit makluman

Musim Hujan







Ketika ini musim hujan..alhamdulillah kebun aku selamat drp banjir..tp cerita lain pula yg menyebabkan kepala pening..pokok tumbang..hujan lebat berterusan sbbkn tanah jd lembut..almaklum tanah berpasir..hujan jdkn tanah lembut..tambahan pula angin kencang..nk mengatasinya terpaksa le guna buluh untuk menyokong agar tebu jd tegak..klu bengkok tak dpt untuk dieksport..pakai sendiri le jawabnya..apapn kita usaha atasinya.

Rabu, 4 November 2009

Minggu yang sibuk





Jadual aku cukup padat minggu lepas..bermula malam jumaat aku berjumpa dgn En Faizal yg datang dari Mersing..Projek dia ada 10 ekar..berbincang sehingga kul 12 mlm..Sabtu pagi aku menguruskan penghantaran benih ke Utara semenanjung...Kemudian berjumpa dengan Pn Yumi & En Teo..tokey kilang tebu le..Ahad pagi temu janji dengan En Azmi dari KL, dia buat projek di Tapah..Petang menerima kujungan Tuan-tuan Pegawai Polis...Nk kemas kini blog pn kesuntukan masa..Disini aku paparkan gambar terkini..

Rabu, 21 Oktober 2009

Tanam Tebu & Pisang




Aku dijemput oleh tn hj utk dtg ke kebunnya.Alhamdulillah spt dijanjikan aku pn sampai ke tempatnya di Kota Tinggi..Kagum aku melihat kebun tn hj..bersih cantik..tak lupa juga aku merakamkan gambar utk tatapan semua..terutama kpd rakan2 lain yg selalu bertanya ttg tanaman selingan dicelah-celah tebu..kt sini tn hj tanam pisang tanduk bersama dengan tebunya..kepada sesiapa yg nk cuba..buat le..tn hj dah berjaya membuktikannya..tebu tn hj aku pajak semua..hehe..untuk bln ini dan insyaallah dlm jangkamasa panjang...

Jumaat, 16 Oktober 2009

Uniform Pekerja..



Aku bg semangat skt kt pekerja..buatkan baju khas utk kebun..kira pakaian rasmi dikebun..
Berposing le mamat dua org nie..biar rakan di indon terkejut katanya...gambar berlatarbelakangkan tebu yg kurang cantik..sbbnya tpt laluan air..abis tanah ikut aliran air..aku suh pekerja tambak tanah agar pkk gemuk semula..baju baru jgn malas kerja ya mas..

Khamis, 15 Oktober 2009

Dilanda Puting Beliung





Semalam hujan begitu lebat..aku dpt panggilan drp Abu..cikgu! abis kebun kita..ribut kuat, pkk banyak tumbang..petang lepas asar akupn dtg..alamak! ini bukan ribut tp puting beliung yg melanda..nasib baik tak banyak yang kena..bukan pkk patah tp semua jd bengkok..kualiti x de..kena pki sendiri je le..aku pn pesan kt Abu..esok amik buluh jdkn pengapit..cuba tegakkan semampu mungkin..bencana alam dugaan drp Allaw swt..tentu ada hikmahnya..

Khamis, 8 Oktober 2009

Gambar terkini..



Skrg aku sibuk sikit..pekerja ada dah aku berhentikan krn masalah peribadi..tambahan pula aku sibuk bantu rakan2 mengusahakan tanaman baru..Hari ini ada dpt pekerja baru dari indon..tak tau lg mcm mana prestasinya..insyaallah akan aku kemaskini blog ni sentiasa..

Ahad, 13 September 2009

Tebu Beso Lengan?




Gambo : Yang beso tebu morris, sebesar langan aku..sebelah tebu telur gred A+

Aku dpt panggilan dr Yong Peng..tanya kt aku betul ke ada tebu sebesar lengan..sbb pekerja indonnya ckp..tebu kt indon beso-beso..aku ckp x yah gi indon..kt sini pn ada..tebu yg beso lengan biasanya tebu jenis morris..klu tebu telur x le sebesar tebu morris..kt sini aku amik gambar tebu morris beso lengan dgn tebu telur gred A+

Kunjungan FAMA



En Farid dr pej.FAMA JB

Minggu lepas...En Farid dari FAMA JB bhg contract farming dtg melawat kebun aku...dia positif..suh aku buat kajian ttg sistem tanaman baru yg aku praktikan...bagi aku bukan sistem baru...seluruh dunia dah amalkan..cuma kita dari selangor ke selatan mmg belum ada orang buat..klu kt Perak & Penang memang ada cina buat..Selang 3 hari Pegawai FAMA bhg membeli tebu dtg gak...tp kali nie dia pertikai sistem yg aku buat..diam je le..Abu,pembantu setia aku pn ckp..klu mcm diaorg ckp senang..nk tau buat le sendiri...sabo...sabo abu...sbb tu tebu aku baru panggil FAMA..aku dah agak..tentu banyak komennya..skrg tebu aku ada yg pjg 2 kaki btgnya...dia dah x leh wat apa2 lg...tp..aku akan buktikan teknik ini lebih menguntungkan.....insyaallah

Sabtu, 12 September 2009

Tebu di Kahang,Kluang






Permandangan sg kahang..En Bahrin & geng..benih yg amik dgn aku...tebu x cukup baja & penjagaan yg kurang sempurna

Aku dpt panggilan drp rakan di Kluang..nk beli benih tp suh aku dtg ke tempatnya...Jd hari ahad selepas subuh aku pn bertolak ke Kahang..sampai di sana aku disambut oleh permandangan sungai yg cukup indah...Kemudian aku di bawa ke ladang dia orang..terpukau aku melihat tanah yg saujana mata memandang..aku dimaklumkan tanah dibahagikan kpd peserta 3 ekar seorang...tp wajib tanam tebu..sedikit kecewa sbb aku lihat kebun tebu diaorang x menjadi..puncanya...kurang ilmu & tiada bimbingan...atas rasa tanggung jawab membantu kaum aku sendiri..aku bantu setakat mana termampu...insyaallah kepada sdr Bahrin & rakan2..aku doakan moga berjaya..klu nk panduan asas..rajin2 le jengok2 blog aku..sedikit sebanyak dapat membantu..apa2 pn jgn lupa calling le aku..jgn malu bertanya..

Cerita Tentang Mesin



Mesin mahal pn rosak...sama peniaga kt singapore

Rakan kita tanya kt aku...mesin tebu yg terbaik jenis apa? Sebenarnya aku pn tak tau..klu awal tahun lepas ada cina niaga air tebu depan EON bank..aku tengok mesin dia lain drp lain..aku tanya,dia ckp beli rm5k...nak jual kt aku 3k..aku nk buat apa mesin bayak2..aku pn ada dua..satu guna petrol jenama HISAKI..lg satu guna karen cap gajah...awal ramadhan ni aku jual kt member aku yg guna petrol..bayar 9 x...lantak ko le...janji byr sikit2..nk jd cerita,aku melawat kebun member aku..dia kebun sendiri jual guna botol mineral..aku tengok mesin dia yg harga 3k pn tersadai gak..kesimpulan aku buat...mesin mahal atau murah tak penting..yang penting macam mana kita menjaganya..

Selasa, 1 September 2009

Press tebu..tekniknya..




Gambo atas : mata tebu disisi...
Gambo bawah : jangan mata terletak di atas...

Aku bln posa nie..sama mcm korang gak..survey kt bazaar ramadhan..ku lihat perniaga air tebu press tebu..masuk je kt mesin tebunya hancur..kenapa hancur sbb teknik press yang tak betul..bukan aku pandai tp berdasarkan pengalaman aku..jom kita kongsi bersama..
Klu nk press pastikan mata tebu terletak dibahagian sisi..klu mata tebu terletak di atas, maka tebu akan patah dibahagian ruasnya..tp kt bazaar diorang nk cepat mana nk pk semua tu..janji masuk je..apapn cuba le dlu klu x caya..

Isnin, 31 Ogos 2009

Bagaimana nak tahan apabila sudah ditebang?



Gambar : pucuk tebu tidak dibuang dan simpan sikit akar agar tebu tahan lama

Kita kongsikan bersama cara tebu boleh tahan lama apabila telah ditebang..Rahsianya ialah tebu yang ditebang,pastikannya pucuknya tidak dibuang dan juga pastikan ada sedikit akarnya dibahagian pangkal..tebu yg ada pucuk dan akar lebih tahan lama. Juga simpan ditempat yang redup dan tidak kena matahari..Klu rajin siram le..bior kesegarannya dapat dikekalkan..

Sabtu, 29 Ogos 2009

Bolehkah kita tembusi pasaran Singapura ?










Gambar atas : Suasana Food court kt Spore..Mesin tebu semua stainless steel..kualiti terjamin.

Macam mana kita nak pasarkan tebu kita ke Singapura ? Klu setakat cakap eksport ke spore memang mudah.Cuba lihat gambar situasi sebenar di sana. Bolehkah kita menembusi pasaran disana...tepuk dada jawab sendiri...mahu tak mahu kita terikat dengan kuasa ekonomi yg dipegang olehnya...

Selasa, 25 Ogos 2009

Cerita tentang niaga bulan puasa



Gambar atas : Tebu gred A++ , peniaga di bazaar ramadhan extra JB

Petang tadi aku gi tengok rakan sekerja aku berniaga di bazaar ramadhan di extra JB...mata aku terpandang peniaga tebu..waduh! tebu gred A++...aku pn tangkap gambar untuk tatapan bersama..



Gambar : Stall " Lancang Kuning " dah lama tak guna..Ramadhan nie jasanya masih diperlukan..

Rasanya aku dah "bersara" niaga kat bazaar ramadhan..skrg masa tumpukan bersama keluarga je..tapi aku tetap berniaga juga..biasa le..tebu dan soya..macam biasa aku gajikan je pekerja..dah tiga tahun berturut aku niaga kt taman perumahan aku je..terima kasih kepada sdr Adli kerana setia bersama aku..insyaallah untuk tahun akan datang..kerja aku siapkan di rumah..pastu Adli yang uruskan..