Selasa, 1 Mac 2011

Teknik Tanaman - 2 ( Sistem Tanaman )

Sistem tanaman kekadang menjadi isu...Sebabnya semua org nk jadi JUARA pakar pertanian. bagi aku yang paling penting pengalaman..Nasihat aku..kita kena ikut mazhab...klu kita mazhab sunnah..jgn kata mazhab lain tak betul...kita kena fokus satu mazhab sahaja..sama gak tanam tebu..klu dia buat sistem A...jgn kita kata B tak betul..sebenarnya kita yg tak betul..huhu

Jadi bagi elakkan kekeliruan oleh pakar-pakar tanaman tadi..maka aku syorkan sistem tanaman yang biasa digunapakai oleh penanam di malaysia.

Ada 2 kaedah tanaman :
- Pertama sistem tanaman kekal
- Kedua sistem tanaman semusim

Tanaman Kekal ( Sistem tanaman 3 x 6 )



Sistem ini ialah tanaman secara rumpun.Inilah teknik yang dikatakan terbaik oleh pakar-pakar kita. Semua sistem lain tak betul..Inilah yang paling betul...aku dlu pn tanam sistem ini...
Jarak antara rumpun 3 kaki ( bagi mudahkan menggembur tanah ) dan jarak antara baris 6-8 kaki...sbb jarak 6-8 ( mudahkan tuaian, senang traktor masuk, senang penggemburan guna jentera,sinaran matahari cukup,dll )


Tanaman Kekal ( Sistem tanaman 3 x ( 4 + 8 )



Sistem ini kebun nampak lebih tersusun...jarak antara rumpun 3 kaki..Antara baris 4 kaki baris kedua 8 kaki baris ketiga 4 kaki baris keempat 8 kaki dan seterusnya..tujuan jarak sama seperti diatas.


Sistem Tanaman semusim ( High Density )



Sistem nie lah yang dikatakan SALAH oleh ****...tanaman antara benih tanam selari ( parallel ) atau secara condong ( slanting ). Melalui sistem ini jarak benih aku syorkan 2 kaki = 3 benih. Antara baris minima 4-10 kaki...Yg terbaru aku usahakan ladang koperasi...dapat gemuk2 tebu tsb...alhamdulillah aku juga dpt kunjungan dr pertanian indonesia.mrk dr jakarta dtg ke ldg koperasi tsb utk dalami teknik tanaman yg tak betul ini..org luar sanggup dtg...kita kt sini ckp tak betul..entah le labu...klu camtu kt Hawai mat salleh tanam tak betul le..aku tgk mrk tanam camnie gak...insyaallah aku akan paparkan ladang koperasi..

Teknik Tanaman - 1

Bagi elakkan masalah penanaman. Disyorkan kaedah tanaman seperti berikut. Ini bertujuan membantu para penanam membezakan teknik tanaman tersebut.

Terdapat 3 jenis kerja tanah :

1. Lubang guna bucket JCB
- Disyorkan guna bucket 1 kaki & kedalaman lubang 1.5 kaki. Jarak antara baris 6-8 kaki.
- Kelebihan pokok tebu lebih kukuh dan tidak mudah tumbang. Tanah diturunkan sedikit demi
sedikit mengikut peringkat pertumbuhan dan kemudian dimampatkan.( tanah di pijak )
- Kelemahan- kos menggali agak mahal & lambat.




2. Plouging
- Disyorkan plouging 2 kali baru dibuat batas. Jarak antara batas 5-6 kaki.
- Kaedah ini lebih cepat dan jimat.
- Kelemahan - pokok mudah tumbang & perlu penyokong.



3. Gerudi
- Tanah digerudi kedalaman 1.5 kaki , jejari 1 kaki. jarak antara lubang 3 kaki dan antara baris 6
kaki.
- Kaedah paling cepat dan jimat.
- Kelemahan - Pertumbuhan akar lambat sbb dinding tanah keras.