Isnin, 31 Ogos 2009

Bagaimana nak tahan apabila sudah ditebang?



Gambar : pucuk tebu tidak dibuang dan simpan sikit akar agar tebu tahan lama

Kita kongsikan bersama cara tebu boleh tahan lama apabila telah ditebang..Rahsianya ialah tebu yang ditebang,pastikannya pucuknya tidak dibuang dan juga pastikan ada sedikit akarnya dibahagian pangkal..tebu yg ada pucuk dan akar lebih tahan lama. Juga simpan ditempat yang redup dan tidak kena matahari..Klu rajin siram le..bior kesegarannya dapat dikekalkan..

Sabtu, 29 Ogos 2009

Bolehkah kita tembusi pasaran Singapura ?










Gambar atas : Suasana Food court kt Spore..Mesin tebu semua stainless steel..kualiti terjamin.

Macam mana kita nak pasarkan tebu kita ke Singapura ? Klu setakat cakap eksport ke spore memang mudah.Cuba lihat gambar situasi sebenar di sana. Bolehkah kita menembusi pasaran disana...tepuk dada jawab sendiri...mahu tak mahu kita terikat dengan kuasa ekonomi yg dipegang olehnya...

Selasa, 25 Ogos 2009

Cerita tentang niaga bulan puasa



Gambar atas : Tebu gred A++ , peniaga di bazaar ramadhan extra JB

Petang tadi aku gi tengok rakan sekerja aku berniaga di bazaar ramadhan di extra JB...mata aku terpandang peniaga tebu..waduh! tebu gred A++...aku pn tangkap gambar untuk tatapan bersama..



Gambar : Stall " Lancang Kuning " dah lama tak guna..Ramadhan nie jasanya masih diperlukan..

Rasanya aku dah "bersara" niaga kat bazaar ramadhan..skrg masa tumpukan bersama keluarga je..tapi aku tetap berniaga juga..biasa le..tebu dan soya..macam biasa aku gajikan je pekerja..dah tiga tahun berturut aku niaga kt taman perumahan aku je..terima kasih kepada sdr Adli kerana setia bersama aku..insyaallah untuk tahun akan datang..kerja aku siapkan di rumah..pastu Adli yang uruskan..

Projek Fasa Ke-2

Aku buat blog baru khas untuk fasa ke-2 nie..sudi2kan le melawatnya...Insyaallah akan bermula dlm bulan ramadhan nie..amik berkat ramadhan..amin..jom jengok http://daengsugarcanefarm.blogspot.com/

Sabtu, 22 Ogos 2009

Kerana Baja...

Gambar bagi tebu yang tidak cukup pembajaannya..nak kenal melalui ruasnya yang pendek2...
manakala ruas yang panjang mendapat baja yang secukupnya...Tebu yang ruas panjang mempunyai air yang lebih banyak..moralnya..nak tebu banyak air kena baja..pembajaan boleh dilakukan 40 hari sekali..guna baja urea ataupun npk 15:15:15...klu ada baja subsidi kerajaan pn boleh..tebu tak begitu cerewet..tetapi kalau tanam untuk eksport..kualiti perlu diutamakan..cara pembajaannya pn ada rahsianya..nak tau..kena ngeteh ngan aku..hehe

Benih Yang Terbaik..



Kesimpulannya..bernih yang terbaik ialah bahagian atas..yakni yang masih muda terutama bahagian pucuknya.krn mata tebu tak rosak sebab tertutup daun.



Gambar bawah : Tebu morris..mata tebu keras tp kalau dah patah tak boleh buat benih & gambar atas...tebu telur..klu nak buat benih pastikan bahagian batangnya masih muda.


Ramai mungkin keliru apabila aku mengatakan benih tebu telur guna bahagian pucuk..tentu mereka ada pengalaman tanam guna bahagian batang...memang benar..guna batang pn idup..tetapi tebu bukan sahaja guna batang,pucuk..malahan boleh menggunakan biji benih..biji benih boleh didapati pd tebu yang berbunga..tapi tebu telur tak de bunga..jd yg terbaik gunakan bahagian pucuknya..kenapa pucuk..bukan batang..kerana tebu telur lembut..mata/tunasnya mudah rosak..PERBEZAAN..tebu telur lembut..biasanya mata tebu akan tertanggal..klu tanggal macam mana nak idup..beza dengan tebu morris,matanya keras..biasanya tahan tak pn matanya hanya patah..klu batah masih boleh hidup..sbb itu tebu morris tanam guna batang pn tak de masalah..
Kt sini aku ada bagi sedikit gambaran perbezaannya..kesimpulannya..tanam tebu guna bhg batang pastikan matanya masih elok..tak tertanggal ataupun kering..

Ahad, 16 Ogos 2009

Sekarang dah 2 1/2 bulan..







Gambar : Alhamdulillah..sejuk hati tengok pokok menghijau..ada yg dah jd batang..
Aku start tanam penghujung bulan Mei dan awal Julai..Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang dirancang..Arinie ujan..moga Allah melimpahkan rahmatNya & tanaman aku menjadi..amin.

Pencegahan penyakit...



Gambar : Abu sedang meracun..guna topi Kamikazi

Aktiviti meracun boleh dilakukan sekerap mungkin..bergantung kepada "kemana hasil kita nak dijual/dipasarkan?". Klu setakat pakai sendiri..masalah kulat atasi dengan buang daun 2 minggu sekali..klu penyakit ulat..guna furadan pn boleh..tetapi klu kita nk tebu yg benar2 berkualiti..nak jual kt org,mestilah yg terbaik..jd aku syorkan langkah pencegahan penyakit melalui semburan dan pencegahan awal guna furadan..maklumat lanjut panduan meracun aku dah cerita..

Serangan penyakit dah mula...






Gambar : ulat pengorek batang akan menyebabkan "mati pucuk"dan juga serangan kulat pada batang tebu

Penyakit utama yg biasa menyerang tebu ialah ulat pengorek batang,anai-anai,belalang dan kulat.
Ulat pengorek batang memang suka masuk ke bahagian pucuk tebu..tebu yg kena masuk ulat biasanya akan mengalami "mati pucuk".klu dah mati pucuk..jawapnya dah tak leh idup le lagi..tak perlu urut..sekadar racun je..yg penting pencegahannya...apa yg aku lakukan klu kena penyakit ini..aku sunatkan ( potong )..insyaallah akan kuar anak pucuk yang baru..tgk gambar..anak baru dah mula keluar.
Serangan kulat biasanya dibahagian daun yang tidak dibuang..yg terbaik biar daunnya kering sendiri tp nanti kan ada kulat pula? Oleh itu mencegah lebih baik drp mengubat..