Selasa, 23 November 2010

Warehouse,Jabel Ali,Dubai UAE






Alhamdulillah..ujian eksport telah selesai dan keputusan rasmi biarlah pak menteri yg umumkan kt media nt...Kt sini x leh citer panjang2...byk musuh diluar sana....ada info aku paparkan lagi..

Rabu, 27 Oktober 2010

Pegikis kulit tebu



Untuk pengetahuan smua..tebu telur tak perlu dibuang kulit tp hanya kikis je kulitnya.Ini kerana aroma & rasa tebu lebih enak jika tidak dibuang kulitnya..sbb tu permintaan dr Spore dikikis kulitnya.Mana nk beli pengikis kulit ? mmg x ada jual di kedai tp kena buat sendiri..bhn yg diperlukan ialah batang cangkul & pisau kt kdi RM2 je..korang lihat le sdiri..kmdia buat le ikut kreativiti msing2...

Isnin, 25 Oktober 2010

Ujian Eksport Dubai






Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..walau pun byk kritikan sinis dr sekeliling..kita kena jd mcm penyu..berenang perlahan walaupun dibadai ombak..matlamatnya hanya satu utk ke pantai bertelur..Terima kasih kepada semua pihak yang membantu & doakan ujian ini berjaya..kejayaan ini adalah harapan para petani agar wujud kuasa ekonomi baru yg dpt membantu mereka memasarkan hasil mereka tidak dikongkong oleh satu kaum sahaja..

Jumaat, 24 September 2010

Salam Dari Jelebu


Buat lubang guna gerudi & pangkal pokok tanah dimampatkan

Aku banyak tempat gi utk dalami mcm2 teknik tanaman...ada sahabat cll aku..btau..jabatan pertanian N9 btau..tanam sistem parit guna jcb salah..yang betul gerudi lubang guna mesin...aku gi gak jelebu tgk sistem yang dikatakan...dapat le maklum balas drp diaorang..otai2 sana ckp guna gerudi lubang kurang baik berbanding parit..nk cepat & modal kurang sbb tu guna gerudi cepat dan murah katanya...yg terbaik buat parit gak...
Kenapa tebunya tegak2 dan tak tumbang? aku kongsikan bersama teknik tanaman disana
1. Tanam dalam lubang sedlm sekali-1.5kaki.
2. Masukkan 3 benih dlm satu lubang dengan jarak 3ft antara benih.
3. Apabila anak benih panjang sejengkal...taburkan sedikit baja NPK dengan kekerapan 2 minggu sekali...letak baja sikit2 tp berterusan setiap 2 minggu.
4. Apabila tebu membesar WAJIB turunkan tanah dan pijak biar pangkal pokok tanahnya mampat jd pokok tebu tak akan tumbang apabila beso nanti..itu le sedikit sebanyak teknik tanaman diorang..

Renungan Kita Bersama





Bayangkan kita sebagai pembeli..nk tak kita beli tebu camnie ?...tentu tidak..maka niaga lah secara islamik..nasib baik niaga dengan aku..klu orang lain lama kena hambat dgn parang..huhu

Bulan ramadhan yg mulia telah meninggalkan kita...disamping beramal ibadat, pintu rezeki berniaga dibulan ramadhan juga amat lumayan..sehinggakan aku mendapat permintaan bekalan tebu luar jangkaan..alhamdulillah...
Banyak pengajaran yang amat berguna aku dpt semasa "berurusniaga" dengan rakan yang sebangsa & seagama dengan ku...kebanyakan mereka hanya berniaga untuk jangkamasa pendek sahaja...bukan berniaga untuk jangkamasa panjang..apabila ditegur "melenting" tak tentu pasal...inilah hakikat yang perlu aku telan..
Bagi menampung bekalan tempatan & juga bantu jualkan tebu rakan-rakan..aku jualkan tebu mereka..tapi mereka-mereka nak dulu bayaran..aku percayakan mereka-mereka maka aku bayarlah dulu mengikut permintaan mereka...sesuatu yang tak diduga....nilailah sendiri gambo diatas..aku beli rm1.20 sebatang..agak2nya berapa aku boleh jual? maaf ya..bukan nk aibkan sesiapa...cuma pengajaran kepada rakan2 yang lain...nk bisnes dengan aku untuk jangkamasa panjang..aku bukan nk niaga cap ayam!...alhamdulillah aku akan ke Dubai awal bulan Oktober..kepada mereka-mereka..maaf aku tak dapat bantu korang lagi...

Jumaat, 6 Ogos 2010

Gred Tebu






Ramai yang tanya aku saiz gred tebu ? Camne penilaiannya..klu ikut saiz yg fama bagi mcm x logik..hehe ( x leh siarkan saiznya demi keselamatan ) Aku cdg korang buat rujukkan je saiz yg aku bagi..ini saiz yg biasa aku berurusan dgn kilang cina..itu beso/saiz tebu...panjangnya spt biasa aku ckp..kita berdiri..angkat tangan..klu tgn kita capai bhg ujung batang tebu..dah leh potong le...berikut cadangan saiz aku..

Gred A+ = ukuran jejarinya 3.0 cm
Gred A = ukuran jejarinya 2.5 cm
Gred B = ukuran jejarinya 2.0 cm
Gred C = ukuran jejarinya 1.5 cm

Ahad, 25 Julai 2010

Teknik Tuaian Yang Betul





Gambo : 1.Pahat pemotong. 2.potong bhg pangkal-cocok 45darjah bior dpt akar. 3.disusun atas rak dan sabit daun biar nampak panjang sekata.4. pastikan ada sedikit akar dan pucuk agar tebu dpt tahan lama.

Menjelang bln posa..permintaan terhadap tebu cukup tinggi...Jd kita perlu jaga kualiti dan standart produk kita...bagaimana kita nk jaga kualiti selain drp serangan penyakit..Salah satunya ialah teknik tuaian & mengikat hasil tuaian..Berikut langkah2 yang perlu kita ikuti.
1. Pastikan tebu mencapai ketinggian yg mencukupi...7-8ft biasanya...senang citer klu kita berdiri, angkat tangan & jari kita cecah batang yg paling ujung,maka tebu tu dh leh tebang.
2. Tebang guna pahat kecil...tekan ke pangkal tebu & pastikan terdapat sedikit akar.Kelebihannya tebu yg dituai blh disimpan lama & lmbt rosak sbb ada akarnya.kedua, anak baru akan tumbuh melalui dlm tanah bukan tumbuh dibhg batang ( klu tebang dipermukaan anak akan kuar ikut batang yg dipotong)
3. Tebu yg ditebang dikumpulkan setempat.
4. Ikat di tpt pengikat khas..ikat bhg bawah, tengah,pucuk.
5. Gunakan sabit utk potong daun...jd nampak panjang tebu sekata ( sedangkan tak semua sama panjang...huhu ) teknik ni dpt jimatkan tenaga & kerja jd lg cpt.
6. Klu tebu yang bengkok,pastikan ikat mengikut paten tebu bengkok bior nampak cantik.
7. Senang ko tengok gambo diatas..haha

Jumaat, 23 Julai 2010

Sistem Penyokong



Mereka selalu bandingan tebu kitaorang dengan Jelebu punya tebu...tebu Jelebu bagus..memang aku akui..kenapa tebu Jelebu bagus? Sebab Jelebu kawasan yg paling kering di Malaysia..sana x de macam tempat aku..hujan ribut setiap bulan...kawasan kering tapi tebu cantik? tu le pasal..klu gi sana pagi-pagi suasana berkabus...tentunya proses fotosentisis paling aktif waktu pagi..dengan air embun bantu pembesaran tebu..pendek kata makan cukup..berbanding dgn tempat kitaorang..kul 7.30 am pn matahari dah panas...nk kata embun/kabus..memang x de le...itu perbezaannya ye tuan-tuan pegawai..
Berbalik dengan sistem density aku...kita perlu penyokong...nak gali guna gerudi...pastikan tiang pertama condong 70 darjah...jarak yg terbaik 10-12ft antara tiang pertama,kedua dan seterusnya..alah..mcm kebun sayur..jgn jarak penyokong jauh sgt nt pkk akan rebah sbb beban terlalu berat...gambo atas : gerudi tanah utk gali lubang..cepat & jimat tenaga..

Sistem Tanaman HIGH DENSITY





Gambo Ladang Tebu Cina lbh 100ekar...
Aku kekadang kurang faham dengan agensi kerajaan..apa yg kita buat semua x betul..klu cina buat smua bagus..contohnya sistem yg aku perkenalkan...Dr Salleh Punan maklumkan pada aku bahawa nama sistem yg aku tanam " HIGH DENSITY "...Yang biasa cina buat sistem 3 x6 / 3x8 ( jarak antara benih 3ft dan antara baris 6-8 ft)...aku perkenalkan sistem hight density diorang ckp x betol..hehe..aku akui dari KL ke selatan mmg org x buat sistem nie..klu nk buat sistem nie..tnm kena guna plot...cth..buat seekar dlu,bln kedua seekar lg..bln ketiga seekar lagi dan seterusnya...genap 10 ekar..yg pertama dh boleh tuai...pastu tuai plot ke dua dan seterusnya...apa yg jd pd tuaian yg pertama..tentunya dh membesar...jd apa masalahnya?...pokok kecik katanya...sbb tu aku tekankan WAJIB timbus tanah pd peringkat awal & pembajaan awal...bior rebung gemuk..klu rebung gemuk insyaallah tebunya pn gemuk..apapn..yg penting Dr Salleh percayakan sistem aku sudah le..yg lain x nak caya terpulang...klu diaorg x caya jom ikut aku melawat kebun cina 100ekar..aku leh buktikan..bukan omongan kosong..p/s negara china pn ada yg buat sistem nie..

Isnin, 31 Mei 2010

Ciri-ciri tebu kualiti eksport





Gambar : bahagian bawah,tengah,atas bebas dari ulat korek batang.

Ramai yang tertanya-tanya...bagaimanakah kualiti / ciri-ciri tebu yang diperlukan utk eksport.
  1. Pastikan takde ulat korek batang ( paling utama ) & jangkitan lain2 penyakit.
  2. Batang tebu mesti lurus x leh bengkang bengkok
  3. Ruasnya mestilah panjang ( klu pendek air kurang )
  4. Saiz mestilah gred A+,gred A + B sahaja.
Di sini aku bagi gambar ciri2 yang diperlukan ( sumber kebun En faizal di Mersing )
Ada gak rakan yg komen..sifu kah ape? tebu diapn x cantik juga tp sibuk ajar orang..hehe
apa pn terpulang andaian mereka..aku ibarat tukang rumah..buat umah orang cantik2 tp rumah dia pn x siap2..sama juga tukang gunting..gunting rambut orang cantik tp rambut sendiri pn x terurus..bagi aku..siapa yg percayakan aku..yakin le dengan pengalaman & ilmu yg aku ada...insyaallah boleh berjaya yg paling utama tuan punya kebun..klu x jaga..camne nk dpt tebu kualiti..

Selesai Fasa Pertama ( Simulasi ke Serdang )




Setelah menjalani praktikal..program simulasi telah di tunda seminggu lewat..ini kerana kitaorang terlibat sama dengan program di Jelebu N9 bersama Dr..alhamdulillah selesai sudah simulasi..cuma tunggu masa utk amik data2 saintifik..lepas simulasi, tugas yg paling besar anto ke dubai..apapn tunggu le dangan sabar...

Taklimat Dr & Pengarah Fama



Sebelum kitaorang buat praktikal dgn Dr..Pengarah Fama juga berminat utk mengetahui perkembangan projek kami bersama Dr. Perjumpaan diadakan di Fama Spg Renggam. Apa yg menariknya Dr cadangkan harga tebu akan datang guna timbang kilo..aku pn setuju sbb adil bagi petani dan pembeli..contoh tebu gred A+ biasanya berat mencecah 4kg sebatang..klu sekilo rm0.50 x 4kg = rm2.00 sebatang..klu harga skrg dlm rm1.30 je..rugi banyak petani..moga sistem ini diterima pakai oleh Fama..

Jumaat, 14 Mei 2010

Meeting Eksport Bersama Dr Mohd Salleh




5 Mei kitaorang meeting dgn Dr di Damansara Utama..hari ini 14 Mei Dr turun JB meeting bersama pengarah Fama Johor...Esok kami praktikal proses tebu..19hb buat simulasi utk eksport...dihantar ke KL utk amik data...pertengahan bulan 7 percubaan eksport ke Dubai..Dr akan ke Dubai utk amik data2 yg diperlukan..berjaya je percubaan eksport kami..insyaallah kita bangsa melayu menjadi pengeksport tebu batang menggunakan kapal laut pertama di dunia...doakan kejayaan kami..

Isnin, 19 April 2010

Anak Benih..




Gambar : Benih 1 mata yg idup jd induk..yg jd induk akan beranak lg..

Aku kerap juga ditanya..benih nk mata banyak..bagi aku satu mata yg idup dh cukup sbb yg satu ini akan jadi induk..yg induk ni le yg akan beranak..tp syaratnya kena timbus tanah & baja le..klu tanam sistem rumpun...satu benih satu lubang dah cukup..tp klu nk letak lebih pn x pe..beli lebih ngan aku..hehe

Penggemburan Tanah



Gambar : anak benih warna coklat lagi..btg blm ckp keras..timbus takut patah..kedua, batang dah hijau..boleh mula timbus..lg banyak tanah lg bagus...


Ramai yg bertanya bilakah sesuai kita timbus tanah..aku cadangkan mula apabila tebu berumur sebulan dan selewat-lewatnya hujung bln dua kena siap..sbbnya klu lambat timbus, "rebung" mula nk jadi ruas..ini akan menyebabkan tebu kita x gemuk..
Tp masalah sekarang cuaca..cuaca panas kurang ujan sbbkan pertumbuhan agak perlahan..jd bila waktu yang sesuai? waktu yg sesuai apabila anak benih dah cukup keras..warna batangnya hijau bukan coklat..rujuk gambar..moga dpt membantu..

Sabtu, 20 Mac 2010

Sistem 3x4x8





Aku lama tak jengok tempat sifu aku..kebun cina le..dlu dia buat sistem 3x6..sekarang dh ubah lak..3x4x8...maksudnya jarak antara benih 3 kaki..antara baris 4 kaki pastu ruang untuk jalan ( jarak antara baris ) 8 kaki...lagi hebat..pokoknya di pasang paip..wah..hebat..macam kat Mekah pulak..pokok tebu pakai paip...dia tokey besat..wang talak tau buat apa...

Persediaan sebelum eksport





Gambo : mesin-mesin dalam proses tempahan...nk beli? cnct aku..hehe

Antara langkah yg perlu aku sediakan utk pasaran eksport ialah tempahan mesin untuk memudahkan proses membuang kulit @ mencuci kotoran pada batang tebu..kena ada mesin bagi mengurangkan tenaga manusia..sambil tu buat juga mesin untuk perah air tebu..mesin ni nak dikomersialkan ciptaan anak melayu..sambil tu aku test juga air tebu aku...korang nilai sendiri air tebu aku..alhamdulillah airnya memang aku cukup puas hati..