Isnin, 29 Disember 2008

Panduan menanam di bawah pencawang TNB..

Baru2 nie..ada seorang sahabat sms kat aku bertanya prosuder camne nk tanam bawah pencawang TNB..aku x sempat balas sms nye sbb hp samsung aku skrinnya pecah..anak aku pijak..Jd kt blog nie aku berkongsi cara camne nk tanam bawah pencawang TNB..
Langkah 1 - klu blm nk tanam,gi tanda dlu kawasan tu..amik kayu pancang pastu ikat le plastik / letak botol..dah tanda segan le org lain nk masuk.
Langkah 2 - Amik no kt tiang TNB,gi pejabat tnb bhg tranmission..tanya sape tuan tanahnya.
Langkah 3 - Jumpa tuan tanah minta kebenaran nk tanam bwh pencawang..dapatkan surat kebenaran tuan tanah..ada salinan geran lg baik.
Langkah 4 - Buat surat permohonan kt TNB minta kebenaran..klu dah dpt kebenaran TNB kira tanah tu milik ko le..pas2 leh mintak ape2 pruntukan drp pej pertanian..
Ini cara yg betul tp klu ko nk koboi je pn x pe..cina pn buat koboi gak..sbbnye..TNB dah bayar pampasan kt tuan tanah..jd tuan tanah x leh tanam lg bawah pencawang..dia ada power sbb cukai masih dia yg bayar..klu ko tanam bawah pencawang dgn tanaman kontan, TNB lg suka sbb dia dah jimat kos pembersihan bwh pencawang..

Formula jumlah tanaman tebu..

Mungkin ada yg tertanya-tanya bagaimana nak buat anggaran bilangan pokok tebu yg ditnm dalam seekar? jom kita kongsi bersama formula bagi membuat anggaran tanaman tebu..
Fomularnya ialah ekar bahagi ( jarak x baris )
Contoh 1.Seekar = 43561 kaki. klu kita tanam tebu antara pokok = 3 kaki dan antara baris = 6 kaki.Maka fomularnya ialah 43561/ 18 ( 3x6 ) = 2420 pokok.
Contoh 2..Seekar = 43561 kaki. klu kita tanam tebu antara pokok = 1 kaki dan antara baris = 8 kaki.Maka fomularnya ialah 43561/ 8 ( 1x8 ) = 5445 pokok.
Oleh itu..boleh le kita buat anggaran jumlah bilangan pokok yg nk ditanam..sambil tu leh le kita congak-congak anggaran pendapatan drp hasil tanaman kita..klu seekar kita leh dapat 5445 pokok..pas tu..kuar lak anak tebu 6 pokok..5445 x 6 = 32 670 batang tebu..klu sebatang RM 1.00..kira le sendiri bra RM hasilnya..klu sepuluh ekar...kayo..kayo...selamat mencongak..hehe..

Isnin, 22 Disember 2008

Rahsia untuk dapatkan tebu yang manis...

Disini aku nk berkongsi rahsia bagaimana nak dapatkan tebu telur yang manis rasanya..Seperti yg kita tahu..tebu telur dari daerah Jelebu N9 merupakan tebu yg dieksport ke singapura..kenapa tebu jelebu..sebabnya tebu Jelebu ni manis-manis..kenapa Jelebu..sebabnya Jelebu antara daerah yg paling kering di Malaysia..ini merupakan salah satu faktor yg menyebabkan kenapa tebunya manis..
Disini aku nak perturunkan RAHSIA camne nak buat tebu kita manis juga..
Rahsia 1 - Sebelum menanam tebu..pastikan tanaman menerima cahaya matahari secara maksimum..maksudnya..pastikan barisan tanaman tebu kita menghadap cahaya matahari pagi dan juga menerima cahaya matahari pd petangnya..tebu yang mendapat cahaya yg secukupnya akan menjadi warna kuning pekat dan tebu inilah yg manis rasanya..
Rahsia 2 - Faktor penting ialah jarak antara baris..Dalam seekar bersamaan 43561 kaki..untuk mendapatkan rasa tebu telur yang benar-benar manis..jarak yang disyorkan ialah 10 kaki antara baris..Jika kita menanam jarak sekaki antara pokok..kita akan dapat 4356 pokok..Jika jarak 2 kaki = 2178 pokok..Jika jarak 3 kaki = 1452 pokok
Tp sanggup ke kita tanam jaraknya 10 kaki ?..klu x boleh juga buat jarak 8 kaki..6 kaki..cam aku tanam 4 kaki..tebunya kurang manis le..tapi dapat tanam banyak..

Khamis, 18 Disember 2008

Cerita Tentang Air Soya...

Setelah aku berguru ngan cina..melayu..pastu aku buat kajian sendiri..alhamudlillah akhirnya aku berjaya gak mendapatkan air soya / tauhu yang benar2 "power"..rasa air tauhu aku memang mendapat pujian ramai kt tempat aku..klu bulan puasa alhamdulillah memang laju air soya aku terjual..kenapa? sebab rasanya..mana tau sedap? sbb sebelum aku berkecimpung dlm bisnes nie..aku jadikan staf kt sekolah aku bahan kajian..hampir sebulan aku cuba dapatkan rasa yg terbaik..alhamdulillah berjaya gak aku..terima kasih kat diaorg kerana bagi komen dan pendapat..( sbb dpt air free..hehee )
Kesimpulan yg aku boleh kongsi bersama ialah..nak dapatkan air soya yg sedap..paling penting "JENIS" kacang soya yg digunakan..Klu rendam kacang pastikan hanya 5-6 jam sahaja..klu masak air soya pastikan gunakan teknik "boiler" agar tidak hangit..penting ialah gunakan kain putih yg sama ngan mamak pakai utk dibuat kain penapis..kita akan dpt air soya yg benar2 halus..x de sedikitpn hampas/habuk kacang..
Klu nak buat taufufa..letakkan sesudu "sikau"..kemudian tuangkan air soya..dalam tempoh 10-15 minit..air soya akan membeku..dapat le taufufa..nak info lebih..leh email aku..

Selasa, 16 Disember 2008

Projek baru aku..utk tahun 2009



Setelah ladang tebu aku abis kena tolak kt belakang sekolah utk buat bangunan..aku pindahkan lak kt bawah pencawang TNB kt umah aku je..Tanah kt sini semua tanah tambak..kurang subur..tp yg penting aku "tanda" je dulu..biar orang lain tak masuk dah..insyaallah tahun 2009 nie..aku bangkitkan semula ladang tebu aku..Yang jarak2 ni tebu kuning/madu/morris...aku tanam satu pencawang..lg satu pencawang tebu telur..tanam rapat2 dlm parit..

Mesin tebu..


Klu nak beli mesin tebu..yg paling penting kena pastikan tebu jenis apa yg nak dimesin..klu tebu telur..guna mesin tebu biasa pn tak pe..sbb tebu nie lembut..tp klu tebu morris/tebu madu/tebu kuning..dinasihatkan guna le mesin yg matanya tembaga..klu guna yg cam aku..alamak jahanam mesin nie..

Rabu, 3 Disember 2008

Cerita tentang dispenser..






Mana aku dapat idea ni..memang cina dah buat perniagaan ni..tp org melayu kurang yakin dengan bisnes ni..aku dpt cetusan idea ini apabila berniaga ice cream dlu..anto kt kdi2 melayu sungguh susah nk pungut hasil jualan..sekali masuk barang lbh kurang RM300..itulah yg aku hadapi..tp selepas aku berhenti niaga..org cina yg sambung..aku tgk x de pulak masalah spt yg aku hadapi..kesimpulan yg aku dpt ialah org melayu klu nilainya kurang RM100 senang je byr..
suatu hari aku gi kt restoran mak cik aku kt pasir gudang..dia ada mesin dispenser ni..aku tanya..sehari abis ke jualan soya tu..dia ckp ari2 abis..jd aku gabungkan idea dispenser ngan hantar kt restoran2 melayu ni..