Ahad, 16 Ogos 2009

Sekarang dah 2 1/2 bulan..







Gambar : Alhamdulillah..sejuk hati tengok pokok menghijau..ada yg dah jd batang..
Aku start tanam penghujung bulan Mei dan awal Julai..Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang dirancang..Arinie ujan..moga Allah melimpahkan rahmatNya & tanaman aku menjadi..amin.

Pencegahan penyakit...



Gambar : Abu sedang meracun..guna topi Kamikazi

Aktiviti meracun boleh dilakukan sekerap mungkin..bergantung kepada "kemana hasil kita nak dijual/dipasarkan?". Klu setakat pakai sendiri..masalah kulat atasi dengan buang daun 2 minggu sekali..klu penyakit ulat..guna furadan pn boleh..tetapi klu kita nk tebu yg benar2 berkualiti..nak jual kt org,mestilah yg terbaik..jd aku syorkan langkah pencegahan penyakit melalui semburan dan pencegahan awal guna furadan..maklumat lanjut panduan meracun aku dah cerita..

Serangan penyakit dah mula...






Gambar : ulat pengorek batang akan menyebabkan "mati pucuk"dan juga serangan kulat pada batang tebu

Penyakit utama yg biasa menyerang tebu ialah ulat pengorek batang,anai-anai,belalang dan kulat.
Ulat pengorek batang memang suka masuk ke bahagian pucuk tebu..tebu yg kena masuk ulat biasanya akan mengalami "mati pucuk".klu dah mati pucuk..jawapnya dah tak leh idup le lagi..tak perlu urut..sekadar racun je..yg penting pencegahannya...apa yg aku lakukan klu kena penyakit ini..aku sunatkan ( potong )..insyaallah akan kuar anak pucuk yang baru..tgk gambar..anak baru dah mula keluar.
Serangan kulat biasanya dibahagian daun yang tidak dibuang..yg terbaik biar daunnya kering sendiri tp nanti kan ada kulat pula? Oleh itu mencegah lebih baik drp mengubat..