Ahad, 16 Ogos 2009

Sekarang dah 2 1/2 bulan..







Gambar : Alhamdulillah..sejuk hati tengok pokok menghijau..ada yg dah jd batang..
Aku start tanam penghujung bulan Mei dan awal Julai..Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang dirancang..Arinie ujan..moga Allah melimpahkan rahmatNya & tanaman aku menjadi..amin.

Pencegahan penyakit...



Gambar : Abu sedang meracun..guna topi Kamikazi

Aktiviti meracun boleh dilakukan sekerap mungkin..bergantung kepada "kemana hasil kita nak dijual/dipasarkan?". Klu setakat pakai sendiri..masalah kulat atasi dengan buang daun 2 minggu sekali..klu penyakit ulat..guna furadan pn boleh..tetapi klu kita nk tebu yg benar2 berkualiti..nak jual kt org,mestilah yg terbaik..jd aku syorkan langkah pencegahan penyakit melalui semburan dan pencegahan awal guna furadan..maklumat lanjut panduan meracun aku dah cerita..

Serangan penyakit dah mula...






Gambar : ulat pengorek batang akan menyebabkan "mati pucuk"dan juga serangan kulat pada batang tebu

Penyakit utama yg biasa menyerang tebu ialah ulat pengorek batang,anai-anai,belalang dan kulat.
Ulat pengorek batang memang suka masuk ke bahagian pucuk tebu..tebu yg kena masuk ulat biasanya akan mengalami "mati pucuk".klu dah mati pucuk..jawapnya dah tak leh idup le lagi..tak perlu urut..sekadar racun je..yg penting pencegahannya...apa yg aku lakukan klu kena penyakit ini..aku sunatkan ( potong )..insyaallah akan kuar anak pucuk yang baru..tgk gambar..anak baru dah mula keluar.
Serangan kulat biasanya dibahagian daun yang tidak dibuang..yg terbaik biar daunnya kering sendiri tp nanti kan ada kulat pula? Oleh itu mencegah lebih baik drp mengubat..

Khamis, 9 Julai 2009

Cabaran Orang Melayu...Oh Bangsaku..



Hati aku sedikit kecewa dengan sikap kaum dan bangsa aku sendiri...aku menyewa tanah..modal sendiri untuk bertani..dari hutan sekunder aku bersihkan jd kebun..kini aku hadapi cabaran baru..penyakit PHD bangsa melayu...seperti aku janjikan dlu..aku tanam bawah pencawang tnb..aku "tanda je dulu"..ada modal aku usahkan..alhamdulillah..aku dah tolak tanaman lama aku..nk mulakan projek baru..alamak!! gue kena komplen..kiri kanan orang sakit hati rupanya..sakit mata bila kebun dah menjadi..terpaksa aku kiv dlu..kena berurusan dgn pejabat tanah,tnb, dan owner sekitarnya..banyak kerja jdnya..dlu tanam tak de apa2 pn..klu kaun C*** tanam..aku yakin diaorang pejam mata je..tp apa pn aku tak akan patah semangat..Yakin pada Allah swt...sbb tu ada sesiapa nk tanya aku..insyaallah aku akan bantu..sbb aku yakin ada keberkatanNya...

Terima Kasih Daun Keladi..Moga Berjumpa Lagi



Terima kasih kpd En Mohd Shah bin Md Dun dan Isteri yang datang dari Kuching,Sarawak.
Kepada rakan-rakan lain yang datang tp aku tak masukkn gambonya..maap je le..klu nk masuk jenuh aku..sbg penghormatan org jauh..

Secara kebentulan..datang juga En Ali dari Pontian dan En Adam dari JB je..nasib le..ada gambo korang..

Fasa ke-2 dah tanam...



Fasa pertama dah selesai gemburkan tanah dan pembajaan..Fasa ke-2 aku dah tanam..tp cuaca kemarau lak..terpaksa siram guna pam..klu tak nk mati pulak benih aku..apa pun terima kasih pada Abu..pekerja setia aku..rajin gila..kadang keja sampai maghrib..aku je halau dia balik..

Penyakit ulat pengorek batang & anai-anai




Anai-anai musuh utama tebu..biasanya tebu morris sbb kulitnya keras..dia masuk dlm batang tebu dan buat sarang..sbb tu aku syorkan letak FURADAN..klu dah kritikal..kena tebang je tebu tu..langkah lain beli ubat anai2 serbuk..tabur kt pangkal pokok..satu lg penyakit tebu yang biasa ialah ulat pengorek batang..dia masuk ikut batang..kt bawah aku ada bg panduan meracun..leh le rujuk sbg panduan..