Selasa, 23 April 2013

Ladang Tebu Organik




Lokasi telah dimohon. Dalam proses kelulusan.

Atas permintaan di Eropah yang mahukan tebu organik..aku bersama rakan sedang dalam proses jadikan ianya kenyataan...Sijil Organik Malaysia (SOM) dalam proses utk kami jayakannya...lokasi di tempat aku..yang penting tanah dalam proses dimuktamadkan...

Pasaran Domestik - Taman Tema Legoland Malaysia



Alhamdulillah...atas sokongan semua pihak...akhirnya berjaya juga aku jd pembekal jus tebu dan kelapa di Taman Tema Legoland...jus tebu aku bekalkan dalam botol utk dijual di dalam taman tema Legoland. Ianya dijual di Kiosk2 taman tema dan juga restoren dalam taman tema. Terima kasih kepada pihak pengurusan taman tema Legoland yg beri kepercayaan kepada aku...insyaallah aku akan buat yg terbaikkkk...kalau masuk ke taman tema..jgn lupa minum air tebu...minuman tenaga semulajadi...

Khamis, 14 Mac 2013

Doakan Kejayaan...


Gambar  : Bincang dgn pegawai Matrade di sana & rasa sample tebu Malaysia

Alhamdulillah selesai sudah aku hantar sample tebu ke Korea...insyaaAllah dengan izinNya...bolehlah org Korea rasa air tebu dari Malaysia...sekarang dlm proses selesaikan beberapa urusan...Kepada rakan-rakan di luar sana..doakan kejayaan ini...moga bangsa kita mampu jadi PENERAJU bagi pasaran eksport ke luar negara...kita tinggalkan dulu Dubai...sana nk skala terlalu besar..kita tidak mampu jika tidak bersatu & tiada pengurusan ladang yang tersusun...kt sini aku cuma post gambo di korea...

Jumaat, 1 Mac 2013

Peringatan Kepada Semua



Gambar atas : Antara gambar yang dirujuk pd aku...lubang untuk tanam tebu.
Pelabur tak tau apa2...Untuk rujukan boleh tgk arkib blog terdahulu.

Alhamdulillah...walaupun lama tak kemas kini blog...masih ramai yang hubungi aku utk tanya ttg tebu...bukan tak buat projek ni lagi tapi...aku kne silent..ada lah sebabnya....masih aktif dengan beberapa rakan yang tunjukkan komitmen...

Sini aku terpanggil utk beri ingatan kepada semua di luar sana...JANGAN percaya kepada pelbagai skim utk projek pertanian....Dah ramai sangat yang terkena...seperti serai..keli dan macam2..tak terkecuali tebu gak..ada macam-macam orang berjanji..( aku pn kena juga...moga dia dapat hidayah dariNya ).
Buka semuanya tak betul...tapi sila rujuk dulu sebelum melabur...Penganjur cukup licik dgn pelbagai bukti dan macam-macam lagi bukti sokongan....lagi hebat buat iklan di dada-dada akhbar...

Kalau berkaitan tebu...boleh tanya pada aku...kesian kpd rakan-rakan yang terkena...tapi yakin lah..Allah akan beri rezeki lebih daripada yang kita rugi itu..tapi dengan syarat kita usaha tanpa putus asa..dan sentiasa berdoa padaNya..

Di sini aku lampirkan gambar yang dirujuk kepada aku...gambar sebagai ingatan untuk semua..klu nak bertani kena ada pengalaman...bukan ikut logik akal je...jangan terus melabur dengar janji manis dari penganjur...Moga tuan-tuan lebih berhati-hati..

Salam...Kita Bertemu Kembali




Assalamualikum...
Lama tak jenguk blog sendiri...Masa begitu pantas dan mencemburui kita..
Bukan tak sudi tapi ada agenda lebih besar yakitu kepentingan ummah lebih diutamakan...
Untuk makluman je..aku setiausaha persatuan peniaga & usahawan melayu gelang patah.
Sekarang nie sibuk bina foodcourt yang dikenali sbg Medan Selera Iskandar (MSI) yang terletak berhampiran Taman Tema Legoland..
Rasa terpanggil sbb orang Melayu tak ada ruang dan peluang untuk mengejar pembangunan dikawasan sekitar...melalui MSI ini, insyaAllah ia akan menjadi nadi bagi peniaga-peniaga Melayu khasnya di kawasan Gelang Patah...amin.

Selasa, 16 Oktober 2012

Kenapa Petani Cina Berjaya Tanam Tebu

Sedih apabila sahabat aku mengadu...bukan rasis tapi ini le realiti semasa...kenapa..sbb bisnes tebu dikuasai mereka..buktinya..smua kilang di Malaysia milik mereka..kecuali En batu malai di Jelebu...pn sekarang dah berkongsi dengan cina gak..sedih bukan ape..." Lu olang melayu buat ape tanam...lu keleja sama kelajaan saja..ini cina punya keleja"..itulah kata-kata yg diterima oleh sahabat aku...huhu..
Sini aku kongsi bersama..camne kaum cina boleh berjaya...

1. Benih...semua kilang milik mereka..secara tak langsung benih mereka bekalkan kepada rakan mereka secara percuma..tapi kaum melayu terpaksa beli harga rm0.30-0.50/pcs...mereka dpt percuma.

2. Baja...orang melayu beli..nk beli mahal..jd pokok tak dibaja...klu beli pn beli beberapa beg...beza dengan kaum cina...mereka beli secara pukal...mereka ada persatuan..beli bersama2..dapat murah...free pn mereka dapat...free??..ye free...begini...setan tebu insintif kjaan bagi rm83 setan...seekar biasa 20-30 tan x rm83 = rm1660...nie seekar...klu 10 ekar cuba bayangkan...kenapa mereka dapat insintif...sbb ???...cuba perhatikan..klu jual kt mereka..biasa kita dpt resit cap ayam ( bukan resit rasmi syarikat )..jd camne nk clim??...ini menyumbang faktor kejayaan mereka...

3. Pekerja...aku selalu bertanya kepada pekerja cina..Mas...tokey bagi gaji berapa? Rm 700 pak...kenapa sama melayu gaji mahal tak bisa kerja sungguh-sungguh macam sama cina...mereka pn tak boleh jawab...puncanya mentaliti kita...tokey...kaya..cina...klu sama melayu nt dia kaya...alaah...drama indon buktikan..kaum kita..dengki..iri hati perkara biasa...maknanya..cina mempunyai pekerja yang taat berbanding kita...

4. Semasa jual...kita pn pasarkan sendiri...nk utg lebih...tebu standart sama dgn Mr Teo...Mr Teo mampu jual sama peniaga org melayu RM25-30...ayoyo..mahal...aku sanggup beli...dipujinya melangit....tp melayu bawa kualiti yang sama...klu boleh mereka nk semurah2nya...cina jual rm28 dgn melayu nk amik rm18 je...ini realiti...dikutuk pulak...mcm2..bukan beri pandangan atau nasihat moga kita berjaya...

Ini pandangan aku selama ceburkan diri dlm industri nie...jgn marah...nt kena jual...haha...ada nasi tambah leh bg pandangan...

Khamis, 14 Jun 2012

Nak Tebu Tegak


Nk tebu yg berkualiti mesti kena tebu lurus...camne nk lurus..masa timbus tanah pastikan pangkalnya di pijak..biar tanah padat maka tebunya pn akan kuat dan x mudah tumbang...ramai yang tanya nk buat pancang ke...nie yg terbaik..tp kos le..cmne caranya...tiang yg pertama kena condong...jarak antara tiang 10-12ft..tiang lg lain kecik2 pn x pe...guna tali rafia pn boleh..x yah membazir..jgn guna dawai nk tebu rosak...klu baget lebih guna strapping tape..alleh..tali yg buat ikat kotak..blh guna byk kali..ianya tahan..tgk cth gambo...klu ada pancang tebu leh capai sehingga 12 ft...nk buat lubang guna gerudi tanah..rujuk catatan lama...ia lbh cpt dan jimatkan masa...