Khamis, 9 Julai 2009

Fasa ke-2 dah tanam...



Fasa pertama dah selesai gemburkan tanah dan pembajaan..Fasa ke-2 aku dah tanam..tp cuaca kemarau lak..terpaksa siram guna pam..klu tak nk mati pulak benih aku..apa pun terima kasih pada Abu..pekerja setia aku..rajin gila..kadang keja sampai maghrib..aku je halau dia balik..

Penyakit ulat pengorek batang & anai-anai




Anai-anai musuh utama tebu..biasanya tebu morris sbb kulitnya keras..dia masuk dlm batang tebu dan buat sarang..sbb tu aku syorkan letak FURADAN..klu dah kritikal..kena tebang je tebu tu..langkah lain beli ubat anai2 serbuk..tabur kt pangkal pokok..satu lg penyakit tebu yang biasa ialah ulat pengorek batang..dia masuk ikut batang..kt bawah aku ada bg panduan meracun..leh le rujuk sbg panduan..

Penggemburan Fasa 1




Tanah mestilah digemburkan apabila anak tebu mencapai 1 bulan..sebelum gemburkan tanah..wajib letak FURADAN sbb langkah pencegahan awal..penyakit bermula peringkat awal penanaman..klu kita tak ambil berat,nt timbul masalah penyakit seperti anai-anai,ulat pengorek batang yg kerap menyerang tebu nie..selepas penggemburan..letaklah baja..nk guna tahi ayam pn boleh ( jab.pertanian x bagi..nt ada kesan pd rasanya..itu katanya..bg aku peringkat permulaan x de masalah..jimat kos sikit )tp aku pn guna npk..memang mahal..nk jimat aku syorkan guna npk yaramila buatan norway..murah RM90 je..nk jimat lg..guna npk15 + ngan urea..senang kerja..

Selasa, 26 Mei 2009

Ploughing,Batas & Menanam

Gambar Bawah..Ploughing kali ke-2


Gambar Bawah..Membuat batas



Gambar Bawah..Menanam Benih


Rabu, 20 Mei 2009

Projek Baru Contract Farming FAMA

Aku sibuk skt sbb tu lama tak kemas kini blog nie..Urusan kt sekolah pn x akan abis..sblh petang lak aku uruskan projek baru nie..Insyaalah aku akan masukkn langkah2 penanaman dari mula sehingga penuaian..aku tgh wat projek 10 ekar dan tlg juga uruskan rakan2 yg join bawah aku utk contract farming dgn FAMA...



Panduan Meracun

Bilakah waktu yang sesuai utk membuang daun ? adakah seminggu sekali..dua minggu sekali..aku cadangkan membuang daun sebulan sekali..
Kenapa lama sangat? Inilah pertanyaan yg kerap ditanya..
Sbbnya jika daun benar-benar kering kita akan mendapat ruas tebu yg lebih panjang dan warna btg tebu akan lebih kuning ( klu blm ckp kering warna btg jd cerah )
Klu sbln sekali tentu ada kulat dicelah2 daun..ya..memang betul!
Disini aku sertakan panduan asas meracun..gambar bawah racun yg disyorkan..




3 Jenis racun yg disyorkan
-PREMIER 38.7 untuk serangga spt anai2,semut dan belalang
-AGR CYDER 5 EC untuk ulat pengorek batang
-BRIGHT CONIL 75 WP racun serbuk untuk kulat

Panduan penggunaan.
Langkah 1 - campurkan racun premier dan racun agr cyder dalam sukatan 500ml setiap satu dan goncang( gambar bawah )

Langkah 2 - Sukat campuran racun tersebut sebanyak 220ml.Kemudian masukkan kedalam tong drum yang berisi air.
Langkah 3 - Masukkan racun Bright Conil ( racun kulat ) sukatan 5 sudu makan dan gaulkan.

Langkah 4 - Ketiga-tiga racun disemburkan pada pokok menggunakan mesin pam..ambil langkah keselamatan kerana tiupan angin boleh membahayakan pekerja...cth gunakan penutup mulut dll..

Bilakah waktu yang sesuai untuk meracun...waktu pagi kerana racun lbh mudah meresap pd daun/pkk..Juga disyorkan penyemburan 2 kali sebulan...malas buang daun takpe tp sembur racun x leh malas...
* racun lain boleh digunakan..yg murah pn takpe..yg penting fungsi racun tersebut untuk mengatasi masalah spt anai2,semut,belalang,ulat pengorek batang & kulat...

Rabu, 21 Januari 2009

Asas Penggemburan Tanah

Sedikit panduan untuk melakukan aktiviti penggemburan tanah bagi tanaman tebu..Tanah dipangkal pokok tebu hendaklah kerap digemburkan bertujuan utk pengudaraan yg baik dan pertumbuhan tebu yg sempurna.
Bilakah waktu yg sesuai untuk penggemburan...
Penggemburan pertama..waktu yg sesuai ialah apabila anak tebu berumur sebulan..kenapa sebulan..sbbnya anak pokok mencapai ketinggian lbh krg 6 inci ( gambar bawah )dan ini dpt menggelakkan benih tebu rosak / mati semasa aktiviti penggemburan.Dinasihatkan meletakkan racun Furadan pada minggu pertama/kedua bagi mencegah penyakit..Juga pembajaan awal..cadangan letakan tahi ayam..klu tak sayang duit leh beli baja penggalak akar..


Penggemburan kali ke-2 ketika berumur 2 bulan nak masuk 3 bulan ( gambar bawah..tnm bkg umah aku )..Penggemburan mesti dilakukan dan permulaan penggunaan baja NPK15/urea..insyaalah selepas penggemburan dan pembajaan..akan muncul anak tebu ganerasi pertama (biasanya 3 - 8 pokok anak tebu )..klu nak tebu gemuk..buang le separuh..mcm tnm pisang..klu tak nak tak jd masalah..


Penggemburan ke-3 dan seterusnya...lakukan le 2 bulan sekali..klu dah gembur jgn lupa letak baja..klu baja tebu akan cepat beranak pinak..kita gak yg untung...