Rabu, 21 Januari 2009

Asas Penggemburan Tanah

Sedikit panduan untuk melakukan aktiviti penggemburan tanah bagi tanaman tebu..Tanah dipangkal pokok tebu hendaklah kerap digemburkan bertujuan utk pengudaraan yg baik dan pertumbuhan tebu yg sempurna.
Bilakah waktu yg sesuai untuk penggemburan...
Penggemburan pertama..waktu yg sesuai ialah apabila anak tebu berumur sebulan..kenapa sebulan..sbbnya anak pokok mencapai ketinggian lbh krg 6 inci ( gambar bawah )dan ini dpt menggelakkan benih tebu rosak / mati semasa aktiviti penggemburan.Dinasihatkan meletakkan racun Furadan pada minggu pertama/kedua bagi mencegah penyakit..Juga pembajaan awal..cadangan letakan tahi ayam..klu tak sayang duit leh beli baja penggalak akar..


Penggemburan kali ke-2 ketika berumur 2 bulan nak masuk 3 bulan ( gambar bawah..tnm bkg umah aku )..Penggemburan mesti dilakukan dan permulaan penggunaan baja NPK15/urea..insyaalah selepas penggemburan dan pembajaan..akan muncul anak tebu ganerasi pertama (biasanya 3 - 8 pokok anak tebu )..klu nak tebu gemuk..buang le separuh..mcm tnm pisang..klu tak nak tak jd masalah..


Penggemburan ke-3 dan seterusnya...lakukan le 2 bulan sekali..klu dah gembur jgn lupa letak baja..klu baja tebu akan cepat beranak pinak..kita gak yg untung...