Selasa, 23 November 2010

Warehouse,Jabel Ali,Dubai UAE






Alhamdulillah..ujian eksport telah selesai dan keputusan rasmi biarlah pak menteri yg umumkan kt media nt...Kt sini x leh citer panjang2...byk musuh diluar sana....ada info aku paparkan lagi..

Rabu, 27 Oktober 2010

Pegikis kulit tebu



Untuk pengetahuan smua..tebu telur tak perlu dibuang kulit tp hanya kikis je kulitnya.Ini kerana aroma & rasa tebu lebih enak jika tidak dibuang kulitnya..sbb tu permintaan dr Spore dikikis kulitnya.Mana nk beli pengikis kulit ? mmg x ada jual di kedai tp kena buat sendiri..bhn yg diperlukan ialah batang cangkul & pisau kt kdi RM2 je..korang lihat le sdiri..kmdia buat le ikut kreativiti msing2...

Isnin, 25 Oktober 2010

Ujian Eksport Dubai






Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..walau pun byk kritikan sinis dr sekeliling..kita kena jd mcm penyu..berenang perlahan walaupun dibadai ombak..matlamatnya hanya satu utk ke pantai bertelur..Terima kasih kepada semua pihak yang membantu & doakan ujian ini berjaya..kejayaan ini adalah harapan para petani agar wujud kuasa ekonomi baru yg dpt membantu mereka memasarkan hasil mereka tidak dikongkong oleh satu kaum sahaja..

Jumaat, 24 September 2010

Salam Dari Jelebu


Buat lubang guna gerudi & pangkal pokok tanah dimampatkan

Aku banyak tempat gi utk dalami mcm2 teknik tanaman...ada sahabat cll aku..btau..jabatan pertanian N9 btau..tanam sistem parit guna jcb salah..yang betul gerudi lubang guna mesin...aku gi gak jelebu tgk sistem yang dikatakan...dapat le maklum balas drp diaorang..otai2 sana ckp guna gerudi lubang kurang baik berbanding parit..nk cepat & modal kurang sbb tu guna gerudi cepat dan murah katanya...yg terbaik buat parit gak...
Kenapa tebunya tegak2 dan tak tumbang? aku kongsikan bersama teknik tanaman disana
1. Tanam dalam lubang sedlm sekali-1.5kaki.
2. Masukkan 3 benih dlm satu lubang dengan jarak 3ft antara benih.
3. Apabila anak benih panjang sejengkal...taburkan sedikit baja NPK dengan kekerapan 2 minggu sekali...letak baja sikit2 tp berterusan setiap 2 minggu.
4. Apabila tebu membesar WAJIB turunkan tanah dan pijak biar pangkal pokok tanahnya mampat jd pokok tebu tak akan tumbang apabila beso nanti..itu le sedikit sebanyak teknik tanaman diorang..

Renungan Kita Bersama





Bayangkan kita sebagai pembeli..nk tak kita beli tebu camnie ?...tentu tidak..maka niaga lah secara islamik..nasib baik niaga dengan aku..klu orang lain lama kena hambat dgn parang..huhu

Bulan ramadhan yg mulia telah meninggalkan kita...disamping beramal ibadat, pintu rezeki berniaga dibulan ramadhan juga amat lumayan..sehinggakan aku mendapat permintaan bekalan tebu luar jangkaan..alhamdulillah...
Banyak pengajaran yang amat berguna aku dpt semasa "berurusniaga" dengan rakan yang sebangsa & seagama dengan ku...kebanyakan mereka hanya berniaga untuk jangkamasa pendek sahaja...bukan berniaga untuk jangkamasa panjang..apabila ditegur "melenting" tak tentu pasal...inilah hakikat yang perlu aku telan..
Bagi menampung bekalan tempatan & juga bantu jualkan tebu rakan-rakan..aku jualkan tebu mereka..tapi mereka-mereka nak dulu bayaran..aku percayakan mereka-mereka maka aku bayarlah dulu mengikut permintaan mereka...sesuatu yang tak diduga....nilailah sendiri gambo diatas..aku beli rm1.20 sebatang..agak2nya berapa aku boleh jual? maaf ya..bukan nk aibkan sesiapa...cuma pengajaran kepada rakan2 yang lain...nk bisnes dengan aku untuk jangkamasa panjang..aku bukan nk niaga cap ayam!...alhamdulillah aku akan ke Dubai awal bulan Oktober..kepada mereka-mereka..maaf aku tak dapat bantu korang lagi...

Jumaat, 6 Ogos 2010

Gred Tebu






Ramai yang tanya aku saiz gred tebu ? Camne penilaiannya..klu ikut saiz yg fama bagi mcm x logik..hehe ( x leh siarkan saiznya demi keselamatan ) Aku cdg korang buat rujukkan je saiz yg aku bagi..ini saiz yg biasa aku berurusan dgn kilang cina..itu beso/saiz tebu...panjangnya spt biasa aku ckp..kita berdiri..angkat tangan..klu tgn kita capai bhg ujung batang tebu..dah leh potong le...berikut cadangan saiz aku..

Gred A+ = ukuran jejarinya 3.0 cm
Gred A = ukuran jejarinya 2.5 cm
Gred B = ukuran jejarinya 2.0 cm
Gred C = ukuran jejarinya 1.5 cm

Ahad, 25 Julai 2010

Teknik Tuaian Yang Betul





Gambo : 1.Pahat pemotong. 2.potong bhg pangkal-cocok 45darjah bior dpt akar. 3.disusun atas rak dan sabit daun biar nampak panjang sekata.4. pastikan ada sedikit akar dan pucuk agar tebu dpt tahan lama.

Menjelang bln posa..permintaan terhadap tebu cukup tinggi...Jd kita perlu jaga kualiti dan standart produk kita...bagaimana kita nk jaga kualiti selain drp serangan penyakit..Salah satunya ialah teknik tuaian & mengikat hasil tuaian..Berikut langkah2 yang perlu kita ikuti.
1. Pastikan tebu mencapai ketinggian yg mencukupi...7-8ft biasanya...senang citer klu kita berdiri, angkat tangan & jari kita cecah batang yg paling ujung,maka tebu tu dh leh tebang.
2. Tebang guna pahat kecil...tekan ke pangkal tebu & pastikan terdapat sedikit akar.Kelebihannya tebu yg dituai blh disimpan lama & lmbt rosak sbb ada akarnya.kedua, anak baru akan tumbuh melalui dlm tanah bukan tumbuh dibhg batang ( klu tebang dipermukaan anak akan kuar ikut batang yg dipotong)
3. Tebu yg ditebang dikumpulkan setempat.
4. Ikat di tpt pengikat khas..ikat bhg bawah, tengah,pucuk.
5. Gunakan sabit utk potong daun...jd nampak panjang tebu sekata ( sedangkan tak semua sama panjang...huhu ) teknik ni dpt jimatkan tenaga & kerja jd lg cpt.
6. Klu tebu yang bengkok,pastikan ikat mengikut paten tebu bengkok bior nampak cantik.
7. Senang ko tengok gambo diatas..haha