Jumaat, 14 Mei 2010

Meeting Eksport Bersama Dr Mohd Salleh




5 Mei kitaorang meeting dgn Dr di Damansara Utama..hari ini 14 Mei Dr turun JB meeting bersama pengarah Fama Johor...Esok kami praktikal proses tebu..19hb buat simulasi utk eksport...dihantar ke KL utk amik data...pertengahan bulan 7 percubaan eksport ke Dubai..Dr akan ke Dubai utk amik data2 yg diperlukan..berjaya je percubaan eksport kami..insyaallah kita bangsa melayu menjadi pengeksport tebu batang menggunakan kapal laut pertama di dunia...doakan kejayaan kami..

Isnin, 19 April 2010

Anak Benih..




Gambar : Benih 1 mata yg idup jd induk..yg jd induk akan beranak lg..

Aku kerap juga ditanya..benih nk mata banyak..bagi aku satu mata yg idup dh cukup sbb yg satu ini akan jadi induk..yg induk ni le yg akan beranak..tp syaratnya kena timbus tanah & baja le..klu tanam sistem rumpun...satu benih satu lubang dah cukup..tp klu nk letak lebih pn x pe..beli lebih ngan aku..hehe

Penggemburan Tanah



Gambar : anak benih warna coklat lagi..btg blm ckp keras..timbus takut patah..kedua, batang dah hijau..boleh mula timbus..lg banyak tanah lg bagus...


Ramai yg bertanya bilakah sesuai kita timbus tanah..aku cadangkan mula apabila tebu berumur sebulan dan selewat-lewatnya hujung bln dua kena siap..sbbnya klu lambat timbus, "rebung" mula nk jadi ruas..ini akan menyebabkan tebu kita x gemuk..
Tp masalah sekarang cuaca..cuaca panas kurang ujan sbbkan pertumbuhan agak perlahan..jd bila waktu yang sesuai? waktu yg sesuai apabila anak benih dah cukup keras..warna batangnya hijau bukan coklat..rujuk gambar..moga dpt membantu..

Sabtu, 20 Mac 2010

Sistem 3x4x8





Aku lama tak jengok tempat sifu aku..kebun cina le..dlu dia buat sistem 3x6..sekarang dh ubah lak..3x4x8...maksudnya jarak antara benih 3 kaki..antara baris 4 kaki pastu ruang untuk jalan ( jarak antara baris ) 8 kaki...lagi hebat..pokoknya di pasang paip..wah..hebat..macam kat Mekah pulak..pokok tebu pakai paip...dia tokey besat..wang talak tau buat apa...

Persediaan sebelum eksport





Gambo : mesin-mesin dalam proses tempahan...nk beli? cnct aku..hehe

Antara langkah yg perlu aku sediakan utk pasaran eksport ialah tempahan mesin untuk memudahkan proses membuang kulit @ mencuci kotoran pada batang tebu..kena ada mesin bagi mengurangkan tenaga manusia..sambil tu buat juga mesin untuk perah air tebu..mesin ni nak dikomersialkan ciptaan anak melayu..sambil tu aku test juga air tebu aku...korang nilai sendiri air tebu aku..alhamdulillah airnya memang aku cukup puas hati..

Rabu, 24 Februari 2010

Eksport ke Dubai, UAE

Petang tadi aku dpt jemputan oleh Dr Mohd Salleh ke Mesyuarat & taklimat kajian eksport tebu ke Dubai...Tarikh 1 Mac di serdang...sepantas kilat aku membalas emailnya dan bersetuju menyertainya..hehe..kena amik cuti le..aku cadang nk buat group penanam tebu bumiputera utk tujuan tersebut..kepada rakan2 yang berminat..leh le bagi aku maklumat : nama penuh,lokasi tanaman,keluasan,email & no tel..manalah tau ada rezeki kita..insyaallah...maklumat tsb leh sms kt aku 019-706 6364 / 012 717 3474 / email kt aku dgdaeng@gmail / dgdaeng@yahoo.com...kerjasama rakan2 amat dihargai.terima kasih

Pesta Menuai





Kalau korang datang ke kebun aku...sekarang musim "menuai". Yang cantik aku anto ke kilang setakat lori 5 tan je sekali penghantaran..jadi memang tak terurus le jadinya...yg kurang cantik untuk pasaran domestik le..semalam cina buat sembahyang tebu..aku dah tak jual lagi..atas nasihat ustaz..klu dulu sembahyang cina tebu memang laku..bulan lepas pn sama..org india menyambut pesta menuai..yg ni aku dapat jual 2 lori..sebabnya india bukan buat sembahyang..dia letak kt pintu rumah je..adat menyambut pesta menuai..bukan buat sembahyang ye..