Selasa, 29 Disember 2009

Pembajaan..





Ada banyak jenis baja dipasaran..tapi ia akan memberi kesan pada rasanya..tebu kita akan rasa manis2 masin..klu baja kurang sesuai..jd yg sesuai baja apa?..aku syorkan guna cap kuda singa NPK15 ( warna hijau ) dan sblm tuai campurkan dengan NPK12 ( warna merah ) kenapa bukan NPK12 biru ?..aku cadang guna merah sbb kandungan K lebih tinggi..tebu korang akan rasa lebih manis..Kenapa jenama ini ? Sbb penanam tembikai memang guna baja ini..tembikai sama dengan tebu = untuk airnya..tak caya..cuba le..ikut manual yg aku bagi...6 bulan aku dapat ketinggian 10 kaki...tak caya gak..datang sini..

Racun Rumput






Banyak jenis racun yg boleh kita gunakan untuk membunuh rumpai...ada yg melalui sentuhan dan juga akar...racun yg terbaik tentunya yg mahal..cth jenama basta..ia tidak merosakan akar pkk..jd tanaman kita x "terbantut pertumbuhannya"..juga aku cadangkan guna racun putih..di sini aku tunjukn gambo kt korang..terpulang nk pilih yg mana..

Isnin, 30 November 2009

Manual Tanaman Tebu

Ramai rakan-rakan minta emailkn manual tanaman tebu..kekadang terlupa pula..bagi memudahkan dan menjadi rujukan semua pihak,aku citerkan kt sini serba ringkas.

Pertama : Benih tebu yang terbaik ialah dibahagian pucuknya,yakni bahagian atas yang masih muda. Ini kerana mata tebu masih lagi muda.Klu bhg batang ( bawah ) biasanya matanya sudah kering dan kurang sesuai untuk benih...kadar pertumbuhannya pn lambat berbanding pucuk. Jd klu guna pucuk pastikan daunnya dibuang bagi memudahkan akar berkembang.Letakkan atas tanah secara baring dengan mata tebu di sisi.

Ke-2 :Gunakan tangan timbus dgn tanah agar benih tidak terkena cahaya matahari..klu terdedah nt benih boleh mati jika kering.
( teknik nie x yah siram,nk siram satu kelebihan )

Ke-3 : genap 3-4 minggu digalakkan letak furadan..kadar sukatan sesudu teh / sudu taufufa.

Ke-4 : Minggu ke-6 WAJIB timbus tanah..lg banyak tanah yang digemburkan/timbus lg bagus..digalakkan letak tahi ayam supaya pkk gemuk.

ke-5 : selepas timbus & letak tahi ayam..kira 50 hari selepas itu..letak baja npk 15:15:15 + urea.

ke-6 : 50 hari lagi letak npk15

ke-7 : kira 50 hari dan seterusnya letak npk 15 dan sebelum tuai digalakkan gunakan npk15 + npk 12.

* p/s 50 hari sekadar cadangan je..anda blh cuba 40 hari/50 hari / 60 hari..tepuk poket tanya sendiri..huhu...lain2 info cll le aku..

Rabu, 18 November 2009

Pasar Tani Larkin Johor Bahru




Minggu lepas aku kena kursus kejurulatihan sukan kt Stadium Larkin..Kebetulan hari sabtu..sblh stadium ada pasar tani..mulanya malas aku nak ke pasar tani tsb..tapi aku terpandang orang jual air tebu di pasar tani..apa lg,aku pn mcm pegawai CSI le gi menyiasat..apa yg aku perhatikan peniaga ni ada 3 orang..seorang buang kulit tebu,seorang mesin & seorang tukang jual..dia jual dalam cawan & botol..laku giler air tebunya..lg satu harganya pn boleh tahan..tp biasa le,Johor bahru..tak pelik pn...

Rabu, 11 November 2009

Eksport ke Singapura

Klu nk tengok gambo tebu dieksport ke Spore..hehe..jengok le blog aku..http://daengsugarcanefarm.blogspot.com
..ada sedikit makluman

Musim Hujan







Ketika ini musim hujan..alhamdulillah kebun aku selamat drp banjir..tp cerita lain pula yg menyebabkan kepala pening..pokok tumbang..hujan lebat berterusan sbbkn tanah jd lembut..almaklum tanah berpasir..hujan jdkn tanah lembut..tambahan pula angin kencang..nk mengatasinya terpaksa le guna buluh untuk menyokong agar tebu jd tegak..klu bengkok tak dpt untuk dieksport..pakai sendiri le jawabnya..apapn kita usaha atasinya.

Rabu, 4 November 2009

Minggu yang sibuk





Jadual aku cukup padat minggu lepas..bermula malam jumaat aku berjumpa dgn En Faizal yg datang dari Mersing..Projek dia ada 10 ekar..berbincang sehingga kul 12 mlm..Sabtu pagi aku menguruskan penghantaran benih ke Utara semenanjung...Kemudian berjumpa dengan Pn Yumi & En Teo..tokey kilang tebu le..Ahad pagi temu janji dengan En Azmi dari KL, dia buat projek di Tapah..Petang menerima kujungan Tuan-tuan Pegawai Polis...Nk kemas kini blog pn kesuntukan masa..Disini aku paparkan gambar terkini..