Ketika ini musim hujan..alhamdulillah kebun aku selamat drp banjir..tp cerita lain pula yg menyebabkan kepala pening..pokok tumbang..hujan lebat berterusan sbbkn tanah jd lembut..almaklum tanah berpasir..hujan jdkn tanah lembut..tambahan pula angin kencang..nk mengatasinya terpaksa le guna buluh untuk menyokong agar tebu jd tegak..klu bengkok tak dpt untuk dieksport..pakai sendiri le jawabnya..apapn kita usaha atasinya.
Jadual aku cukup padat minggu lepas..bermula malam jumaat aku berjumpa dgn En Faizal yg datang dari Mersing..Projek dia ada 10 ekar..berbincang sehingga kul 12 mlm..Sabtu pagi aku menguruskan penghantaran benih ke Utara semenanjung...Kemudian berjumpa dengan Pn Yumi & En Teo..tokey kilang tebu le..Ahad pagi temu janji dengan En Azmi dari KL, dia buat projek di Tapah..Petang menerima kujungan Tuan-tuan Pegawai Polis...Nk kemas kini blog pn kesuntukan masa..Disini aku paparkan gambar terkini..
Aku dijemput oleh tn hj utk dtg ke kebunnya.Alhamdulillah spt dijanjikan aku pn sampai ke tempatnya di Kota Tinggi..Kagum aku melihat kebun tn hj..bersih cantik..tak lupa juga aku merakamkan gambar utk tatapan semua..terutama kpd rakan2 lain yg selalu bertanya ttg tanaman selingan dicelah-celah tebu..kt sini tn hj tanam pisang tanduk bersama dengan tebunya..kepada sesiapa yg nk cuba..buat le..tn hj dah berjaya membuktikannya..tebu tn hj aku pajak semua..hehe..untuk bln ini dan insyaallah dlm jangkamasa panjang...
Aku bg semangat skt kt pekerja..buatkan baju khas utk kebun..kira pakaian rasmi dikebun.. Berposing le mamat dua org nie..biar rakan di indon terkejut katanya...gambar berlatarbelakangkan tebu yg kurang cantik..sbbnya tpt laluan air..abis tanah ikut aliran air..aku suh pekerja tambak tanah agar pkk gemuk semula..baju baru jgn malas kerja ya mas..
Semalam hujan begitu lebat..aku dpt panggilan drp Abu..cikgu! abis kebun kita..ribut kuat, pkk banyak tumbang..petang lepas asar akupn dtg..alamak! ini bukan ribut tp puting beliung yg melanda..nasib baik tak banyak yang kena..bukan pkk patah tp semua jd bengkok..kualiti x de..kena pki sendiri je le..aku pn pesan kt Abu..esok amik buluh jdkn pengapit..cuba tegakkan semampu mungkin..bencana alam dugaan drp Allaw swt..tentu ada hikmahnya..
Skrg aku sibuk sikit..pekerja ada dah aku berhentikan krn masalah peribadi..tambahan pula aku sibuk bantu rakan2 mengusahakan tanaman baru..Hari ini ada dpt pekerja baru dari indon..tak tau lg mcm mana prestasinya..insyaallah akan aku kemaskini blog ni sentiasa..