Bilakah waktu yg sesuai untuk penggemburan...
Penggemburan pertama..waktu yg sesuai ialah apabila anak tebu berumur sebulan..kenapa sebulan..sbbnya anak pokok mencapai ketinggian lbh krg 6 inci ( gambar bawah )dan ini dpt menggelakkan benih tebu rosak / mati semasa aktiviti penggemburan.Dinasihatkan meletakkan racun Furadan pada minggu pertama/kedua bagi mencegah penyakit..Juga pembajaan awal..cadangan letakan tahi ayam..klu tak sayang duit leh beli baja penggalak akar..

Penggemburan kali ke-2 ketika berumur 2 bulan nak masuk 3 bulan ( gambar bawah..tnm bkg umah aku )..Penggemburan mesti dilakukan dan permulaan penggunaan baja NPK15/urea..insyaalah selepas penggemburan dan pembajaan..akan muncul anak tebu ganerasi pertama (biasanya 3 - 8 pokok anak tebu )..klu nak tebu gemuk..buang le separuh..mcm tnm pisang..klu tak nak tak jd masalah..

Penggemburan ke-3 dan seterusnya...lakukan le 2 bulan sekali..klu dah gembur jgn lupa letak baja..klu baja tebu akan cepat beranak pinak..kita gak yg untung...